Saturday, January 15, 2011

Rabecca rahsia duit hantaran

AMPANG: Dengan sekali lafaz, debaran Rabecca Nur Al-Islam Ahmad, 25, berakhir kerana kini sah menjadi milik lelaki pilihan hatinya, Nor Azam Sulaiman, 43.
Pernikahan pelakon jelita itu berlangsung di kediaman barunya di Sering Ukay, Ukay Perdana di sini, malam tadi. 
Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Masjid Ar Ridhuan, Ulu Klang, Muhamad Ibrahim dan diwalikan bapa Rabecca.

Pelakon itu menerima mas kahwin RM333.33 dan 13 dulang hantaran.

Bagaimanapun, Rabecca yang anggun mengenakan baju pernikahan putih hasil sentuhan pereka fesyen terkenal, Calvin Thoo, merahsiakan jumlah wang hantaran diterima.

Nor Azam yang juga duda anak dua itu turut mengenakan baju Melayu rona sama sentuhan Calvin Thoo.

Rabecca yang ditemui selepas berlangsungnya majlis pernikahan itu berkata, dia gembira kerana semuanya berjalan lancar dan selamat bergelar isteri.

“Alhamdulillah, saya berasa tenang dan gembira. Cuma saya sedih kerana jika selama ini, saya tinggal bersama emak, tetapi sekarang menjalani hidup bersama suami. Bagaimanapun, saya agak lega kerana rumah emak tidak jauh dari rumah saya, jadi kami masih selalu dapat berjumpa.

“Jika saya ada sebarang aktiviti lakonan, saya akan tinggalkan Adam (Nor Adam Daniel - anak angkat) bersama emak kerana sejak kecil sampai sekarang, emak yang membelanya.

“Saya berdoa rumah tangga yang dibina ini berkekalan sehingga ke akhir hayat dan semoga Allah kurniakan kami zuriat yang ramai,” katanya.

Pasangan mempelai itu berbulan madu di London dan Paris selama dua minggu, pada 14 Februari ini.



SUMBER BERITA :: hmetro




**Cantik sangat rebecca nih..nampak ayu...xtahu lak aku dia ada anak angkat...comel lak tuh...TAHNIAH buat Rebecca, hantaran dia sure angka 3gak kan sbb hantaran 13, mas kawin 333.33 

No comments: