Wednesday, September 28, 2011

Xpuas hati

Assalamualaikum,

Aku rasa geram + sedih ...tak tahu la kenapa...Tapi asalnya...aku nak rasa marah, marah yang tak kesampaian la kot..hummm Hati aku, muka aku, kepala aku semuanya yang aku..aku lah tak ada feel sangat nak keja kemarin dan hari ni. Pagi - pagi dah tengok muka C tu terus hilang mood aku, kata - kata dia kat aku tuh buat aku rasa terhina sangat. Mungkin untuk orang lain yang tak faham situasi aku masa tuh akan anggap macam biasa ja la..dan sure akan kata "ala betoi apa C cakap..." dan "sapa la sangat dia tuh nak bersuara" dan..dan...dan "ekh eh cakap banyak lak,dah orang cakap buat ja la"

Ya la kan..aku FT17 dia DG41, banyak beza tu...tak apa lah nak buat macam mana rezeki keja aku buat masa sekarang ni untuk gred FT17. Tetapi aku bekerja bukan untuk makan kata - kata sinis, apa salahnya kalau aku menegur siDG ni sebab dia buat sampah di kawasan kerja aku, kawasan seliaan aku. Sedih tau bila siDG nih cakap kat aku macam tuh, macam aku nih kerja memang untuk mencuci sampah yang dia buat. 

Selalu dalam makmal komputer, aku dan cikgu ICT dah biasakan student yang masuk makmal bila diorang buat kerja, work area depa kalau ada habuk pemadam depa kena sapu ke tangan dan pegi buang. Aku berjenaka la dgn siDG ni "next time habuk pemadam tuh ke tangan bukan ke lantai tau"  siDG nih balas balik kat aku "sama ja kan?? kalau ke lantai pon nti awk kena sapu kan"(cakap dengan muka yang sangat bongkak,xsenyum)  Aku .... "student pon tahu buang sampah sendiri...haiyoooo"

Kesimpulannya, pada hari ini Rabu 28/9/2011 aku dah tak memandang muka dia yang menjengkelkan itu. Sungguh aku rasa terhina. Memang dalam FM aku ada menjaga kebersihan dari semasa ke semasa, tapi bila C yang kata macam tuh kat aku... dah dapat agak dah yang dia buat sampah aku cuci la..sbb memang keja aku menyapu..kenapa dia tak boleh fikir..considerate sikit,dia tuh DG41,k********. hari - hari bercakap, menasihati,bagi tunjuk ajar student - student, tapi diri sendiri tak boleh hormat orang. Kalau tak boleh hormat orang pon, hormat la cara work area orang...sebelum guna pc macam mana...lepas guna pc macam mana....kalau seorang fikir macam tuh, yang seterusnya macam mana... C dah biasakan student hidup tanpa undang - undang, dan langsung tak menghormati orang lain. After this entahla.... dari awal dah diajar macam nih..dewasa nanti semuanya dah terlambat..

Sibuk - sibuk aku berleter.. aku pon nak muhasabah diri, mungkin kerja aku tak cukup bagus. Kena usaha lebih..go chayok2.

1 comment:

Anonymous said...

besa la tu,...adat manusia...sabau jo la ea?