Monday, November 15, 2010

 Nafi sumbangan negeri, Sultan Kedah dukacita

ALOR SETAR, 14 Nov: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kecewa dengan pihak-pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri membantu mangsa banjir besar baru-baru ini.


"Namun, beta dukacita kerana ada suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Penggal Ketiga, dekat sini, pagi tadi.

Gambar: Pemeriksaan perbarisan PDRM oleh Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika perasmian Sidang Dun Kedah.

Sementara itu, baginda juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang dana, saling membantu dan bekerjasama memberi bantuan tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik semasa negeri menghadapi bencana banjir terburuk itu.

"Beta merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat membantu mangsa banjir dan keadaan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat beta yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana, titah baginda lagi.

Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) yang berjaya menerajui kerajaan negeri secara adil, beramanah dan proaktif.

"Rakyat di negeri ini telah diberi layanan yang adil, hubungan antara kaum semakin erat melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Beta dapati kerajaan negeri telah memberikan sepenuh daya usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah baginda.


informer






dr penglihatan mata 4 aku ::

Aku rasa berbangga dengan Ustaz Azizan..iaitu Menteri besar Kedah....bukan kerana aku nak berpolitik...sebab aku bukan ahli politik n x berminat langsung dengan politik2 nih....keadaan banjir yang dah pun melanda kedah baru2 ni adalah banjir yang diklasifikasikan sebagai banjir yang terburuk la dalam sejarah negeri kami..aku terselamat sebab umah aku di kawasan yg tinggi...
tp dengar cerita dr tv n surat khabar tentang menteri besar nih mcm x syiok la kan...diorang putar cerita...cakap macam2 yang buruk kat Ustaz....sedey la dengan apa yang media masa hebah2kan..bantuan suma org dapat sama rata...ramai pihak yang membantu...ada pakcik2 yang pas umno pon dh x peduli dh parti depa...janji sumanya selamat....aku jadi sangat  heran...kenapa org dr negeri lain yang x tahu apa yang negeri kami lalui...nk pertikaikan Ustaz...buat persoalan mana menteri besar kedah la bagai....hahaha...memang la org xtahu Ustaz ada ka x masa banjir tuh dh masa Ustaz p tgok sekolah2 yang ada penempatan mangsa...xdak pon media masa snap2 pic Ustaz..sengaja ek press xmau snap?(aku tya ja...nti kena saman lak..hahahahaha)

No comments: