Monday, November 15, 2010

Penawar marah

        Baru - baru nih...aku senang marah...rasa macam kalau ada yang salah sikit pon mesti aku boley naik angin...bila dh marah baru na rasa bersalah...huhu....rasa puas tuh kejap ja...tp rasa bodoh tuh berlarutan sebab aku selalu ingat  "manusia yang menunjukkan kemarahan sebenarnya menunjukkan kebodohannya sendiri..." jgn tanya aku baca dari mana ayat nih sebab aku sendiri pon lupa la..heheheh



Beberapa terapi yang boleh diamalkan jika perasaan marah menguasai diri. 

Perkara pertama yang boleh dicuba ialah ubah posisi ketika sedang marah, jika anda berdiri, cuba untuk duduk. Jika anda duduk pula, cuba berbaring. Tindakan ini sedikit sebanyak akan menenangkan perasaan yang sedang berkecamuk.
Selain itu, segeralah berwuduk kerana ia akan menenangkan perasaan marah yang sedang memuncak. Nyata banyak hikmahnya apabila berwuduk. Maka tunaikanlah solat sunat dua rakaat untuk memohon kesejahteraan jiwa kerana ia dapat menghilangkan kegundahan di hati.
Cara yang paling mustajab ialah beristighfar dan berzikir ketika berasakan emosi marah datang dalam diri. Isikanlah jiwa  yang sedang membara dengan puji pujian kepada Allah SWT dan Nabi muhammad SAW. Alunan zikir dapat memberikan perjalanan nafas secara normal.
Bukan itu sahaja, ada juga terapi lain seperti menarik nafas dalam dalam . Tariklah nafas sedalam dalamnya sambil mengosongkan fikiran, buangkan segala kekusutan yang berada dalam diri dan hembus secara perlahan lahan. Rasailah ketenangan selepas itu, insyaAllah.
Boleh juga ke tempat lapang, seperti padang, pantai ataupun di bilik sendiri. Kemudian lepaskan segala yang terbuku di hati dengan menjerit sekuat hati. Segala masalah yang ada insyaAllah akan hilang bersama tenaga yang diluahkan melalui jeritan tersebut.
Sekiranya boleh, hindarkanlah diri daripada terjebak dengan perkara yang boleh menimbulkan kekusutan minda dan ketegangan situasi. Cuba lakukan sesuatu perkara dengan sabar dan tenang. Perasaan marah dapat diatasi jika kita mengamalkan cara hidup yang sihat dan sentiasa berfikir dengan rasional.

copy from :: mehla click2

No comments: